Punca Masalah Cepat Pancut Lelaki
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah cepat pancut ini di antaranya:
- Kolesterol tinggi – sekiranya pembuluh darah atau arteri pada bahagian zakar tersumbat dengan plak-plak kolesterol maka amat sukar untuk zakar tahan lama dan kekal keras. Disebabkan kolesterol menghalang darah untuk mengalir pada zakar dan kepala zakar akan lebih sensitif dan ngilu.
- Masalah asid urik tinggi – kandungan asid urik yang tinggi boleh membawa kepada masalah ngilu pada zakar. Semua sedia maklum asid urik perlu dibuang melalui air kencing dan ianya bergerak di dalam darah. Jika asid urik terlalu tinggi sehingga sampai kepada zakar maka sudah tentu ianya menyumbang kepada kulit zakar sensitif dan tidak dapat bertahan lama.
- Masalah kencing – masalah ini juga menyumbang kepada masalah cepat pancut. Kelenjar prostat merupakan satu organ yang mengawal air kencing keluar dan jika ianya bermasalah maka masalah kencing akan berlaku seperti kencing sukar dikawal, sukar kencing atau kencing tidak lawas.
- Tekanan darah tinggi – mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi mengalami pengaliran darah yang lambat untuk sampai kepada zakar seterusnya zakar tidak mempunyai darah yang cukup untuk bertahan lama ketika hubungan seks. Ini boleh dilihat pada kepala zakar yang pucat dan ngilu.
- Minum air sejuk atau ais – ini merupakan masalah utama yang sering dilakukan oleh kaum lelaki kerana air sejuk atau ais amatlah merbahaya bukan saja untuk kesihatan tetapi juga membawa kepada masalah cepat pancut. Bagaimana ianya berlaku? Semua sedia maklum air sejuk memang mengakibatkan badan kita banyak angin jadi air sejuk menyebabkan zakar banyak angin dan sejuk. Malah air sejuk juga menjadikan kepala zakar menjadi pucat, rasa ngilu dan sensitif yang mana ianya menjadi resipi bagi masalah cepat pancut.
Rawatan Cepat Pancut :
Ada pelbagai bentuk rawatan yang boleh diberi kepada lelaki yang mempunyai masalah ejakulasi pra matang. Ini termasuk terapi seksual, ubatan dan psikoterapi.
Ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil sebagai langkah permulaan untuk merawat masalah ini. Ini termasuk melakukan masturbasi beberapa jam sebelum hubungan seks.Ini boleh membantu memanjangkan tempoh penetrasi.
Selain itu, ada teknik di mana apabila seseorang hampir sampai ke tahap ejakulasi, stimulasi seksual perlu dihentikan dan tumpuan perlu dialihkan ke tempat lain. Teknik seperti squeeze technique dan teknik start–stop boleh dipelajari tetapi memerlukan masa dan komitmen dari pasangan.
Selain itu, beberapa jenis ubatan dan krim boleh digunakan untuk memanjangkan tempoh penetrasi.
Ubatan Untuk Cepat Pancut :
Krim yang mengandungi bahan untuk memberi kesan kebas (topical anaesthetic cream) juga boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Konsep krim ini adalah untuk menimbulkan rasa kebas di bahagian kepala zakar.
Krim ini berkesan terutama bagi mereka yang mempunyai kepala zakar yang sensitif .Krim ini perlu disapu di kepala zakar beberapa minit sebelum hubungan seksual dan perlu dibasuh terlebih dulu sebelum penetrasi. Jika memakai kondom, krim ini boleh diletakkan dalam kondom.
Tips: Kebiasaan si suami akan mengalami pancutan pra matang (tak tahan lama). Bagi mengelakkan pancutan awal ini anda boleh menggunakan Spray Tahan Lama iaitu Gambir Gold Spray.>>Klik Sini Untuk Info<<